Adakah Johan As’ari menggunakan alasan restu keluarga semata mata mahu lari dari komitmen yang sudah di’janjikan buat Lana Nordin? Pendedahan dari salah seorang ahli keluarga beliau nampaknya seperti mengiyakan perkara ini.
“Kami tidak halang Johan dan Lana bercinta. Cuma kami terkejut kerana dia membuat keputusan terburu-buru untuk berkahwin. Lagi pun kami belum pernah bertemu dengan Lana. Kalau boleh, perkenalkan teman wanitanya itu kepada keluarga sebelum dia buat apa-apa keputusan”
“Kami sekeluarga tidak pernah memberi tekanan atau memaksa Johan putuskan hubungan dengan Lana, dia sendiri yang membuat keputusan itu”
“Saya terkejut dengan keputusannya itu kerana Johan tidak pernah bercerita masalahnya. Setiap kali kami berhubung melalu khidmat mesej dalam group keluarga, Johan tidak pula bercakap mengenai Lana,” ujar kakak Johan As’ari itu.
No comments:
Post a Comment