Seorang pelajar di sekolah Maahad tahfiz Kok Lanas, Kota Bharu Kelantan telah ditemui mati dalam keadaan tergantung dengan kain pelekat dalam tandas yang terkunci pada Khamis lalu.
Identiti Pelajar Maahad Tahfiz Kok Lanas
Nama Penuh: Wan Ahmad Faris Bin Wan Abdul Rahman
Umur: 16 Tahun
Pelajar Tahfiz Kok Lanas Kelantan mati dibunuh bukan gantung bunuh diri seperti yang didakwa sebelum ini. Berdasarkan laporan bedah siasat, terdapat kesan tikaman pada bahagian perut mangsa. Terdahulu, penemuan mayat Wan Ahmad Fariz pelajar berusia 16 tahun yang ditemui mati tergantung dalam sebuah tandas asrama pada 12 Disember 2013 telah menimbulkan pelbagai persoalan sama ada mangsa bunuh diri atau dibunuh. Lebih mengejutkan lagi apabila terdapat kesan darah diatas lantai dimana mayat mangsa ditemui tergantung. Polis turut mengesahkan bahawa mangsa sudah meninggal dunia kira-kira tiga hari yang lalu.
Punca Kematian Pelajar Tahfiz Kok Lanas Kelantan
Laporan bedah siasat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu mendapati terdapat kesan tikaman pada perut mangsa. Pelajar itu juga disahkan sudah meninggal dunia pada 72 jam yang lalu berdasarkan keadaan fizikal mayat mangsa. Mangsa turut dipercayai dibunuh sebelum digantung dalam tandas asrama terbabit. Pihak keluarga mangsa berharap agar tiada pihak yang melemparkan tomahan bahawa anak mereka yang juga pelajar Tahfiz telah membunuh diri.
Kronologi Kisah Penemuan Mayat Pelajar Tahfiz Kok Lanas
12 Disember 2013: Mayat mangsa pelajar berusia 16 tahun ditemui oleh seorang penyelia asrama Zul Atfi Mohamad setelah menghidu bau busuk didalam sebuah tandas yang terkunci dari dalam. Mayat ditemui dalam keadaan separuh bogel dengan hanya memakai baju dan jaket manakala lehernya diikat dengan kain pelekat tergantung dalam tandas dan terdapat kesan darah dan najis di lantai bilik air tersebut. Mangsa dilaporkan sudah meninggal dunia 3 hari yang lalu. Laporan awal polis mengesahkan kematian mangsa sebagai mati mengejut.
13 Disember 2013: Keputusan bedah siasat mendapati mangsa mati dibunuh sebelum digantung berdasarkan kesan tikaman pada perut mangsa.
Luahan Ibu Bapa Keluarga Mangsa :
No comments:
Post a Comment