Nampaknya sejak kebelakangan ini, sudah menjadi trend baru apabila ramai selebriti tempatan ditegur atau ‘disekolahkan’ oleh peminat mereka di laman sosial.
Bukan seorang dua artis yang mengalami perkara tersebut, malah cukup ramai hingga ada yang tidak sanggup berdiam diri lagi bila mana teguran tersebut menyentuh soal sensitiviti seseorang.
Pelakon yang sedang berseronok bercuti bersama kelab peminatnya di Bali, Fizo Omar juga tidak terkecuali menjadi mangsa kritikan di laman Facebook miliknya.
Foto itu bagaimanapun mengundang pelbagai tanggapan negatif dan ada yang berpendapat Fizo memeluk gadis bukan muhrim.
Sehubungan dengan itu, Fizo telah mengemas kini status di FB dengan mengatakan teguran yang diberikan perlulah kena dengan caranya, bukan memalukan sesiapa.
Malah, aktor ini turut mengakui berbesar hati jika peminat mahu menegur kesilapannya tetapi adalah lebih baik jika pendapat tersebut boleh dibaca oleh dirinya dan individu berkenaan sahaja.
SUMBER : OhBulan
Artis. Biasa le tu
ReplyDeleteBetul betul... Melampau sangat lh tu..korang memalukan pun bukannya dpt piala ke ape... Dose ada le.. Ingat2 lah kita ni hidup nak bawa pahala utk akhirat.. Tup..tup.. Orgyu tak nak maafkn apa korang nak buat... HAh.. Jwp lh kat kubur nanti..
ReplyDelete