Social Icons

..

Wednesday 25 December 2013

Shila Amzah Penyanyi Tempatan Wakil Negara Ke MIDEM


PETALING JAYA: Seramai empat orang penyanyi tempatan iaitu Shila Amzah, Goldkartz, ThomasJack dan Azlan And The Typewriter akan mewakili negara ke Marche International du Disque et de l’Edition Musicale (MIDEM) di Cannes, Perancis pada Februari 2014.
Delegasi itu akan diketuai di bawah Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).
Pengerusi RIM, Norman Abdul Halim menerusi kenyataan media yang diberikan kepadamStar Online berkata, barisan artis tersebut dipilih berdasarkan kepada genre muzik yang dibawa dan mewakili pelbagai segmen bahasa dan kaum di Malaysia.
"Faktor-faktor seperti kredibiliti dan pengiktirafan anugerah, memastikan bahawa mereka bersama-sama produk muzik yang dihasilkan telah siap sedia dieksport untuk dipersembahkan di hadapan penonton dan peminat muzik antarabangsa.
“Kolaborasi di antara pihak kerajaan dengan industri muzik ini merupakan satu galakan yang amat besar kepada penggiat muzik tempatan terutamanya jika diambil kira impak jangka panjang yang bakal diperolehi dan untuk menjana pulangan ekonomi yang lebih besar di dalam industri," katanya.
Penyertaan ini merupakan kali kedua delegasi Malaysia ke acara tahunan terbesar di dunia tersebut dan merupakan sebuah inisiatif di bawah Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN).
MIDEM adalah sebuah pasaran muzik global yang menerima penyertaan daripada kesemua perniagaan berkaitan dengan muzik dan merupakan platform yang ideal untuk mempromosikan atau melancarkan sebarang produk muzik tempatan di pentas antarabangsa.
Inisiatif ini telah diambil oleh RIM untuk membawa dan seterusnya mempromosikan produk muzik dari Malaysia di MIDEM.

No comments:

Post a Comment