Social Icons

..

Sunday 15 December 2013

Projek pembangunan akar umbi Kedah bermula


PROJEK pembangunan tiga tahun Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bermula 2014 sehingga 2016 bakal melahirkan seberapa banyak pemain berkualiti untuk pasukan utama negeri tersebut bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada masa akan datang kini berjalan lancar, lapor WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR.

Projek yang digerakkan di bawah kendalian Mohamad Ramlee itu rata-rata terdiri daripada pemain berusia 17 dan 18 tahun.

Beliau berkata, skuadnya yang kini mempunyai seramai 33 pemain akan digilap sebaik mungkin dan 25 pemain daripada kumpulan tersebut akan  idaftarkan di bawah pasukan Piala Presiden Kedah dan selebihnya akan fokus kepada pasukan belia Kedah.

Menurutnya, persiapan kini telah berjalan lancar dan senarai 25 pemain akan didaftarkan pada 17 Disember.

“Kami tidak mempunyai masalah dengan senarai pemain tersebut kerana rata-rata yang dipilih adalah berbakat.

"Majoriti pemain semua adalah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan kami akan gilap mereka untuk menjadi pengganti kepada skuad utama dalam masa dua atau tiga tahun dari sekarang,” katanya kepada Sinar Harian.

Keputusan jelajah pra-musim baru-baru ini juga turut memberi pengalaman kepada skuad muda ini apabila mereka menang satu, seri satu dan tewas satu.

Mohamad berkata, fokus mereka sepanjang tiga tahun ini adalah pembangunan akar umbi dan memberikan pengalaman berterusan dan berharap mampu mara sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir Piala Presiden pada musim hadapan. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment