Kali terakhir kami menulis tentang hubungan pasangan ini adalah sekitar Ogos 2013 yang lalu dan jadi apa cerita pasangan ini sekarang? Masih sama. Heh.
Nur Fathia ketika ditemui di sidang media drama bersiri Ariana Rose di Sri Pentas baru baru ini mengakui yang beliau masih berkawan rapat dengan Aiman Hakim Ridza namun tidak mahu melabelkan hubungan mereka sebagai pasangan kekasih.
“Sebelum jadi artis memang sudah berkawan dengan Aiman tapi sekarang lebih rapat lagi. Kalau ada jodoh apa salahnya, saya tidak mahu mengaku saya bercinta dengan Aiman sebab tidak manis kalau sekejap couple sekejap putus — selagi dia tak masuk meminang saya taknak mengaku bercinta,” ujar Nur Fathia.
Dalam masa yang sama, ada juga desas desus mengatakan aktress ini menjalinkan hubungan dengan seorang VVIP namun Nur Fathia menafikan semua itu kerana tidak pernah berjumpa mana mana VVIP dalam hidupnya selama ini.
SUMBER
No comments:
Post a Comment