Social Icons

..

Wednesday, 25 December 2013

Lisdawati Hamil Empat Bulan


Kami teringat yang Fauzi Nawawi pernah mengulas tentang ura ura yang isterinya, Lisdawati hamil tidak berapa lama dahulu dengan meminta supaya para peminat mendoakan mereka untuk dikurniakan cahayamata baru — tetapi kami lupa sumbernya di mana.
Apa yang penting, Lisdawati menerusi laporan Sinar Harian hari ini mengakui dirinya kini sedang hamil empat bulan dan ini merupakan anak ketiga beliau bersama suami tercinta, Fauzi Nawawi.
Lisdawati berkata yang beliau mengalami alahan yang teruk untuk kehamilan kali ini dan memiliki fasa turun naik emosi yang tidak menentu.
“Saya alami alahan yang agak teruk kali ini, makan agak memilih dan makanan yang saya makan mesti masih panas. Saya juga agak ‘moody’ tetapi saya cuba kawal kerana masih bekerja dan sibuk dengan tugasan harian”
Walaupun sedang hamil, Lisdawati tetap meneruskan karier lakonan beliau & berkata tidak sukar untuk sembunyikan perut kerana memakai tudung dan baju yang longgar.
“Walaupun sayanghamil empat bulan kini, saya tidak ada masalah untuk berlakon dan sorokkan perut kerana bila bertudung, baju lebih longgar, jadi tak nampak sangat,” tambahnya.
SUMBER

No comments:

Post a Comment