Kasihan Lana Nordin. Bila Johan As'ari membuat pengakuan berani ingin meamar dirinya, kini muncul pula gosip liar mengatakan dia menggunakan ilmu hitam untuk membuatkan Johan jatuh hati padanya.
Mungkin ramai yang tidak menyukai imej seksi beliau gamaknya disebabkan itulah muncul tuduhan sebegitu. Jom baca apa kata Lana Nordin mengenai perkara itu :
"Itu benda bodoh (guna ilmu hitam). Saya kenal dia sehari. Tiga hari lepas tu dia lamar saya. Saya ada tanya dia apa yang dia suka dengan saya? Dia cakap, bila pertama kali dia tengok saya, dia dah suka."
"Saya harap semua boleh doakan yang terbaik. Saya memang nak cari lelaki beriman, lelaki yang menerima keburukan saya sebelum saya berubah. Johan ada ilmu dalam agama dan saya percaya dia bukan main-main bila bercakap hal kahwin. Saya hormati Johan sebab dia berani suarakan hasrat dia pada saya."
"Saya juga anggap ini sebagai wake up call untuk saya. Pada usia begini, saya mencari orang yang boleh membimbing saya. Mungkin inilah masanya saya berubah. Johan tak paksa saya. Kalau saya nak berubah kerana diri saya sendiri. Dia sokong saya. Dan saya buat perubahan perlahan-lahan”, katanya ketika ditemui pada Sabtu lalu."
Harapnya gosip liar mengenai Lana Nordin dan Johan As'ari ini akan segera berakhir. Kasihan mereka, baru mula ingin menjalinkan hubungan cinta dan membina masjid dah mendapat tohmhan sebegini.
No comments:
Post a Comment