Social Icons

..

Sunday 15 December 2013

Gambar Pernikahan Pelakon Veteran, Wan Maimunah


Biarpun usianya sudah menjangkau 60 tahun, namun perkara itu bukanlah penghalang untuk artis veteran, Wan Maimunah kembali merasai kebahagiaan dalam alam berumahtangga.
Pada 13 Disember lalu, pelakon berbakat, Wan Maimunah atau nama sebenarnya Wan Maimunah Wan Abdul Aziz telah selamat diijabkabulkan bersama pasangannya Makpol Saimom dengan sekali lafaz.
Kira-kira jam 8.20 malam, pasangan ini telah diijabkabulkan oleh Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Undang-undang Syariah, Jabatan Agama Johor, Makhadzir Abdan berwalikan adik pengantin perempuan, Wan Hamzah di Hotel Tropical Inn, Johor Bahru, Johor.
Majlis pernikahan ini turut menyaksikan Wan Maimunah menerima sebentuk cincin dan seutas gelang daripada Makpol untuk upacara membatalkan air sembahyang.
Wan Maimunah kelihatan anggun tatkala memperagakan busana pengantin serba putih disamping suaminya yang tampak kemas dengan persalinan baju melayu berwarna putih.
Tahniah Wan Maimunah, semoga perjalanan sebagai suami isteri dirahmati oleh-Nya. Saksikan foto-foto perkahwinan artis veteran ini bersama suaminya selepas ini.




No comments:

Post a Comment