Social Icons

..

Sunday, 15 December 2013

Dua-Dua (Isteri) Memang Terbaik – Ashraf Muslim


“Dua-dua memang terbaik.” Ya, ini adalah sebahagian daripada respon Ashraf Muslim sewaktu diusik oleh pengacara AIM20, Paknil dan Nabil berkenaan isteri-isterinya pada malam majlis tersebut.
Kenyataan penuh bangga daripada pelakon itu telah menerima sorakan dan tepukan kuat daripada segenap Stadium Putra Bukit Jalil. Barangkali hadirin yang hadir kagum dengan kemampuan Ashraf dalam berpoligami.
Walaupun hanya hadir ke AIM20 sebagai penyampai anugerah, namun Ashraf tetap diburu oleh media bagi mendapatkan perkembangan terbaru mengenai kisah rumahtangganya.
Menurut Ashraf, dia bersyukur kerana perkahwinannya kini berjalan dengan lancar dan ketiga-tiga mereka (dirinya dan dua isteri) sedang berbahagia.
"Alhamdulillah, sekarang ni semua spekulasi dah terjawab dan semuanya berjalan dengan lancar. Kehidupan kami semakin bahagia. 
Saya sering berdoa kepada Allah S.W.T supaya isteri-isteri saya menjadi isteri yang solehah dan saya menjadi suami yang soleh. Saya juga selalu nasihatkan mereka supaya bersabar. Dan Alhamdulillah hubungan mereka semakin baik. Malah mereka juga pernah makan dan bersembahyang bersama-sama."
Dalam masa yang sama, Ashraf mengakui sedar dengan perspektif orang luar yang tidak gemar dengan tindakannya menambah bilangan isteri namun tetap berharap agar mereka dapat memahami satu hari nanti.
"Saya tau ramai yang tak suka, tapi tak mengapa sebab itu hak masing-masing untuk bersuara. Saya lebih gemar mendiamkan diri dan saya juga tidak benarkan isteri-isteri saya buat kenyataan yang boleh memburukkan keadaan. Lama-lama nanti pasti orang akan faham. Bagi saya, saya ada cara sendiri dalam menguruskan rumahtangga saya."

Sementara itu, bakal bapa ini juga berkongsi rasa terujanya untuk menimang cahaya mata tidak lama lagi memandangkan isteri keduanya kini sedang hamil lima bulan. Semoga segalanya dipermudahkan buat Ashraf dan kedua-dua isterinya.
Apapun, jom lihat foto-foto Ashraf Muslim yang sempat dirakam di atas pentas sewaktu menyampaikan trofi kepada salah seorang pemenang AIM20 tempoh hari.
SUMBER

No comments:

Post a Comment