Social Icons

..

Thursday 19 December 2013

Gambar Bakal Suami Linda Onn


Wajah sebenar bakal suami Linda Onn - Sebuah media hiburan online telah mendedahkan sekeping gambar lelaki kacak yang didakwa sebagai bakal suami Linda Onn. Lelaki itu berstatus kerabat diraja dikenali dengan nama Ungku Azhar dan berusia dalam lingkungan 40-an.

Memang kacak orangnya namun belum dipastikan lagi kesahihan dakwaan tersebut memandangkan Linda Onn gagal dihubungi wartawan baru-baru ini.

Terdahulu, penyampai radio ERA FM itu mengesahkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang lelaki bujang berstatus kerabat diraja. Perkahwinan mereka telah pun didaftarkan di pejabat agama Johor Bahru dan bakal berlangsung pada 27 Disember 2013.

SUMBER

No comments:

Post a Comment