Monday, 7 October 2013
Murid dakwa ditumbuk guru
KUALA LUMPUR - Seorang ibu mendakwa anaknya kini mengalami tekanan emosi setelah seorang guru di sebuah sekolah rendah di sini, dipercayai menampar, menumbuk dan menyepak kaki anak lelakinya kerana terlupa membawa buku.
Azura Ishak, berkata, akibat kejadian yang berlaku pada 25 September lalu, anaknya, seorang murid tahun dua di sekolah berkenaan, kini trauma dan tidak mahu ke sekolah.
“Shazrin dipercayai dikasari guru lelaki itu semasa berada dalam kelas kira-kira jam 4 petang, kejadian itu turut disaksikan 40 rakan sekelasnya,” katanya.
Menurutnya, anak kedua daripada tiga adik-beradik itu mengadu sakit perut selepas pulang dari sekolah ketika hari kejadian.
“Shazrin tidak menceritakan insiden yang menimpa dirinya itu sehingga saya mengetahui perkara itu selepas seminggu dia merahsiakan kejadian tersebut kerana takut dimarahi oleh saya dan bapanya,” katanya.
Sementara itu bapa mangsa, Shahril Md Rasib berkata, laporan dibuat di Balai Polis Hulu Kelang dan aduan kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan bagi meminta siasatan dilakukan terhadap insiden itu.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan tersebut pada Jumaat lalu.
SUMBER
Labels:
Isu Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment