Social Icons

..

Monday 28 October 2013

Anak Menteri, Bukan Menteri Pun - Nora Danish


Sejak berada di Eropah beberapa hari lalu, Nora Danish dilihat semakin aktif berkongsi foto-foto mesranya bersama Nadeem dan lebih menarik lagi apabila jejaka tersebut mula memanggilnya dengan gelaran My Love.

Melihat sahaja kemesraan mereka berdua, pastinya ramai peminat melahirkan rasa gembira dan tidak kurang juga ada antara mereka menunjukkan rasa kurang senang, sehingga melemparkan kata-kata negatif kepada pasangan tersebut.

Oleh kerana terlalu banyak respon kurang enak, pelakon filem Bencinta itu mula mempertahankan Nadeem dengan mempersoalkan, kenapa para pengikutnya perlu ambil kesah terhadap hubungan rapat mereka, sedangkan mereka juga manusia biasa.

Dalam pada itu, Nora turut menegaskan bahawa, Nadeem hanyalah sekadar anak kepada individu yang berpengaruh dan bukannya orang penting dalam negara seperti bapanya.


Berikutan perkongsian kata-kata tersebut, terdapat segelintit pengikut Nora telah memberi nasihat serta pandangan masing-masing terhadap pasangan sensasi itu. Walau apa pun tanggapan serta respon yang dilemparkan oleh peminat, perkara tersebut langsung tidak menjejaskan percutian Nora dan Nadeem.

SUMBER - OhBulan

2 comments:

  1. Alhamdulillah... semoga cepat2 naik pelamin ;)

    ReplyDelete
  2. Mereka berhak menikmati kehidupan mereka sendiri dan pastinya tidak ada sesiapa pun yang boleh menganggu kehidupan peribadi orang lain selagi tidak melibatkan atau menyebabkan kemudaratan kepada orang lain. Semoga mereka mendapat hidayah dan keberkatan dalam menjalani kehidupan seharian.

    ReplyDelete