Umum tahu dramatis terkenal, Lisdawati kini telah tampil dengan imej yang lebih sopan dan ayu bertudung. Namun begitu, sewaktu di awal penghijrahannya, pelakon tersebut pernah dipalitkan dengan isu yang tidak berasas, di mana dia didakwa sanggup membuka tudung jika diarahakan oleh pihak pengarah.
Artikel Berkaitan :
Berikutan isu itu, Lisdawati telah tampil menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa tiada sesiapa boleh melihat rambutnya selepas ini.
"Kenyataan itu salah. Sebenarnya ada maksud yang tersirat dan tersembunyi. Tetapi bila cara penulisan itu salah, jadi orang akan fikir, saya akan buka tudung kalau pengarah suruh. Akan tetapi, semua itu tidak benar.
Kalau dah pakai tudung, pakailah terus. Mana ada istilah buka balik. Kenyataan itu saya tak boleh jelaskan. Rambut saya tak akan dilihat oleh sesiapa.
Kalau ada drama-drama yang keluar di kaca televisyen sekarang nampak saya tidak bertudung, itu adalah drama-drama saya sebelum berhijab. Untuk tidak mengelirukan, sebenarnya saya masih ada beberapa drama dan telemovie yang masih belum ditayangkan sebelum saya bertudung."Mengulas lebih lanjut mengenai soal pemakaian hijab dan lakonan, dramatis ini akui merasa terkejut apabila melihat drama lakonan terbarunya Ogos lepas.
Menurut Lisdawati, penggambaran drama tersebut telah berjalan sejak setahun lalu dan tidak menyangka ia baru ditayangkan pada tahun ini.
"Kalau nak tahu, amat mengejutkan apabila drama terbaru saya masa Hari Merdeka baru-baru ini adalah drama yang saya shoot pada tahun lepas. Dah setahun, baru keluar. Jadi, saya harap penonton faham dengan situasi itu.
Kalau boleh, saya nak drama-drama yang saya shoot sebelum berhijab itu ditayangkan pada tahun ini juga. Jadi, untuk tahun hadapan, biarlah semuanya keluar dengan imej terbaru, supaya tidak akan berlaku salah faham lagi."Beralih kepada soal gosip terbaru yang melibatkan suaminya, Fauzi Nawawi bersama bekas pelajar Akademi Fantasia, Noni, pelakon wanita tersebut akui lebih selesa untuk memandang perkara itu daripada sudut yang positif.
Bagi Lisdawati, suaminya hanyalah seorang yang peramah dan disebabkan keramahannya, ramai pihak yang telah salah anggap sehingga menimbulkan gosip-gosip tidak berasas seperti itu.
Apa pun, untuk semua peminat Lisdawati dan Fauzi Nawawi, di sini OHBULAN! selitkan beberapa foto menarik mereka sekitar pelancaran butik online Didie Alias, HITHAM petang semalam.
No comments:
Post a Comment