Social Icons

..
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Sunday, 26 January 2014

GAMBAR : Bekas Polis Bantuan KENA BELASAH Cuba Meragut Guna Parang!


IPOH – Tindakan seorang bekas polis bantuan merompak seorang lelaki dengan bersenjatakan parang panjang pagi semalam, mengundang padah apabila dia dibelasah beramai-ramai oleh penduduk yang melihat kejadian itu.
Menurut Harian Metro, dalam kejadian jam 11.30 pagi, suspek berusia 24 tahun dikatakan cuba melakukan samun bersama dua rakan di Bandar Pengkalan Indah, Simpang Pulai, di sini.
Sumber polis berkata, suspek yang menaiki motosikal dikatakan menyerang mangsa berusia 31 tahun yang menunggu rakan di depan sebuah kedai.
Menurutnya, suspek menghunuskan parang dan cuba merentap rantai emas dipakai di leher mangsa ketika itu.
Bagaimanapun, mangsa bertindak berani apabila cuba merampas parang penjenayah sebelum berlaku pergelutan.

Wednesday, 22 January 2014

Anggota Polis Mengaku Berkhalwat


KUALA SELANGOR - Gara-gara berdua-duaan di dalam sebuah rumah tanpa hubungan sah, pasangan kekasih yang juga anggota polis berpangkat sarjan dan pegawai penyiasat trafik dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kuala Selangor, semalam.

 Tertuduh, Mohd Che’ Puteh Omar, 28, dan pasangannya, Zainurul Azilawaty Azizan, 31, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof.

Kes Tumbuk Polis Sudah Ke Mahkamah

Kuala Lumpur: Satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki dipercayai penceroboh sebuah kawasan ladang milik FELDA di Sabah menendang dan memaki hamun seorang anggota polis bantuan FELDA kini tersebar di media sosial.
Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku pada 2011 bagaimanapun video berkenaan baru disebarkan semalam. 

Badan Disambar Api

Kuala Lumpur: Panik apabila api menyambar badannya, seorang lelaki nekad menyelamatkan diri dengan berlari turun dari rumah kedai tiga tingkat di Jalan Pelangi 17, Taman Pelangi, di sini, sebelum pengsan, semalam.
Dalam kejadian jam 2 pagi itu, mangsa berusia 30-an berjaya diselamatkan orang awam yang menyedari kejadian itu sebelum menghantarnya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Keadaan mangsa dilaporkan kritikal selepas hampir separuh badannya terbakar.

Remaja Terlampau Yang Keterlaluan

Kuala Lumpur: Dua pasangan remaja bukan Islam dikesan menjadikan surau di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Damansara, di sini, sebagai tempat memadu kasih sebelum perbuatan mereka terbongkar, petang semalam.

Tuesday, 21 January 2014

Penutupan Pasar Malam TTDI Mengejutkan Pengunjung


PENGUNJUNG tetap pasar malam Taman Tun Dr Ismail terkejut mengenai notis penutupan mengejut pasar malam tersebut oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkuatkuasa 26 Januari ini.
Gambar notis tersebut bertarikh 16 Januari dikeluarkan kepada para peniaga pada Ahad tersebar luas di laman Twitter, malam Ahad.
Notis tersebut menyebut DBKL membuat keputusan itu selepas para peniaga gagal menyelesaikan aduan yang kerap diterima seperti kesesakan lalu lintas dan tahap kebersihan.

Thursday, 19 December 2013

Kakak Kunci Adik Dalam Bilik


TANJONG KARANG - Tindakan pantas seorang kanak-kanak mengunci pintu bilik bersama dua adiknya sebaik sahaja mendengar tingkap dapur dipecahkan berjaya menyelamatkan mereka dari menjadi mangsa samun di Taman Nilam, pagi semalam.

Walaupun baru berusia 10 tahun, namun Norsyahmina Nuri bijak membawa dua adiknya yang masih kecil ke dalam bilik sebelum menghubungi ibunya yang ketika itu sedang bekerja di sebuah klinik di Bestari Jaya.

Wednesday, 18 December 2013

Puting Beliung Melanda Johor Bahru 18 Disember 2013


Fenomena Puting Beliung baru sahaja berlaku petang tadi di Johor Bahru. Ramai yang berjaya merakam gambar puting beliung tersebut di sekitar JB dan Singapura.

Namun pembentukan puting beliung tersebut tidak lengkap kerana tidak mencecah sehingga ke daratan. Alhamdulillah, sekiranya berterusan pasti merosakkan harta benda yang berada di sepanjang laluan puting beliung tersebut.

Sunday, 15 December 2013

Gambar Pelanggan Mengamuk Di Kaunter P1 Wimax Selayang Mall


Isu tidak puas hati pengguna terhadap P1 Wimax semakin parah apabila ada individu sanggup menyerang sebuah kaunter cawangan P1 Wimax dilokasi Selayang Mall.

Pelajar Tahfiz Kok Lanas Mati Dibunuh Bukan Gantung Bunuh Diri


Seorang pelajar di sekolah Maahad tahfiz Kok Lanas, Kota Bharu Kelantan telah ditemui mati dalam keadaan tergantung dengan kain pelekat dalam tandas yang terkunci pada Khamis lalu.

Rakyat sudah jatuh ditimpa tangga

SHAH ALAM - Peribahasa ibarat sudah jatuh ditimpa tangga sesuai untuk situasi rakyat yang semakin terhimpit dengan kesan kenaikan yang bakal dialami pada 2014, kata Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman kerajaan yang bakal menaikkan kadar tol di 13 lebuh raya terlibat susulan perjanjian konsesi yang menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.


Tuesday, 3 December 2013

Sultan Brunei Kawal Lalu Lintas


Gambar di atas menunjukkan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah sedang berdiri di tepi sebuah jalan raya dan mengawal lalu lintas selepas dua anggota pengiring baginda kemalangan selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu laju seorang wanita.

Kedua-dua anggota pengiring Diraja Brunei itu terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dilanggar kereta itu yang datang dari arah bertentengan, menurut laporan Brunei Times.

Suami DURJANA! Azab 10 Minit Ditoreh Suami


Suami DURJANA! Azab 10 Minit Ditoreh Suami | SEREMBAN – “Hanya Allah mengetahui kesakitan yang saya alami ketika suami mengelar pipi, dahi, bibir dan tangan saya dengan pisau lipat,” kata Nor Hafazalina Mohd, 30, yang menerima 80 jahitan akibat tindakan kejam suaminya itu.

Tuesday, 12 November 2013

Ditampar berkali-kali, diugut suami dengan pisau

KUALA TERENGGANU - Hasrat murni seorang surirumah mengajak suaminya berbincang secara baik bagi menyelesaikan masalah rumah tangga mereka, bertukar mimpi ngeri apabila dia ditampar oleh lelaki itu, dalam satu kejadian di Kampung Padang Pisang, Jalan Kelantan, di sini, Ahad lalu.

Tidak cukup dengan itu, dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa, 27, turut diugut akan dicederakan oleh suaminya, 30-an, dengan menggunakan sebilah pisau.


Sunday, 10 November 2013

Puas hati pembunuh isteri diberkas


SHAH ALAM - "Saya bersyukur dan amat lega apabila mengetahui suspek yang membunuh isteri akhirnya diberkas polis," kata Irwan Kamarudin, 37, suami kepada pekerja AmBank, Norazita Abu Talib yang maut ditembak pengawal keselamatan dalam kejadian di USJ Sentral 2, 23 Oktober lalu.

Irwan ketika ditemui di rumah kakak iparnya di Subang Bestari, di sini, semalam, berkata, dia dan keluarga khasnya anak-anak sangat gembira mendengar perkhabaran tersebut.

Beliau berkata, pada mulanya dia tidak mengetahui penahanan suspek utama kes isterinya, sehinggalah dihubungi rakan-rakan pada jam 9 pagi semalam, memaklumkan melihat perkara itu di internet.

Thursday, 24 October 2013

Gempar jumpa ikan mulut buaya


GUNUNG SEMANGGOL - PERAK. Penduduk sekitar Bukit Merah di sini gempar dengan penemuan seekor ikan pelik bermulut buaya oleh seorang nelayan sungai setelah terperangkap di dalam bubu dawai miliknya.

Dalam kejadian jam 9.00 pagi di Batu 39, Jalan Keretapi Bukit Merah, nelayan itu, Abu Zabar Husin,75, berkata, dia terkejut dengan penemuan ikan itu kerana spesies ikan itu sangat pelik dan mengakui baru pertama kali melihatnya.

Menurutnya, malam sebelum kejadian berlaku, dia telah memasang bubu di sebuah parit berhampiran rumahnya dan pergi semua ke lokasi itu pada sebelah pagi untuk melihat hasil tangkapan ikan.

'Abang masih sayang saya?'


SERDANG - Panggilan singkat Norazita yang beria-ia benar hendak tahu sejauh mana kasih suaminya, rupanya petanda ajal wanita itu hendak pergi buat selama-lamanya.

Suaminya, Irwan Kamarudin, 37, sama sekali tidak menyangka itulah panggilan terakhir dan paling singkat daripada isteri tersayang.

“Abang masih sayang saya?” Begitu pertanyaan Norazita dan berkali-kali dia mengulang soalan itu menerusi panggilan telefon kepada suaminya sekitar jam 5 petang, kira-kira sejam sebelum dia ditembak mati oleh perompak.

"Kemudian saya jawab, 'abang sayang awak seperti kita mula berkahwin dulu. Tidak pernah berubah kasih sayang abang pada awak," ucap Irwan dalam nada suara menahan sebak.

Suami minta henti sebar gambar kematian Norazita


KUALA LUMPUR - Suami kepada pegawai Ambank, Norazita Abu Talib, yang ditembak mati dalam kes rompak dan bunuh semalam, meminta semua pihak memadam dan menghentikan sebaran gambar dan video kematian isterinya demi menghormati sensitiviti keluarga.

Irwan Kamarudin, 37, berkata penyebaran gambar itu akan lebih menyedihkan keluarga kerana gambar itu memperlihatkan keadaan tidak elok mangsa.
"Saya harap semua dapat memadamkan gambar dan video insiden kematian isteri saya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini selepas pengebumian isterinya di kampung halaman Allahyarham di Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak.

Norazita, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan bank itu sendiri selepas Norazita membuka pintu bilik kebal bank itu di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya, semalam.

Susulan kejadian, gambar dan rakaman video selama 32 saat tentang kejadian itu tersebar dalam laman Facebook hari ini.

Lelaki Mengamuk Tikam Dua Orang Hingga Mati Di LRT Gombak Dan Taman Melati


KUALA LUMPUR – Seorang budak penghantar barang tiba-tiba mengamuk apabila dia menikam mati dua orang sementara dua lagi cedera dalam satu kejadian di sini.

Insiden yang berlaku pada pukul 11.20 pagi itu bermula apabila suspek berusia 26 tahun itu menghantar rokok di beberapa buah kedai di Stesen Terminal LRT Gombak.
Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata suspek menikam pemilik kedai berusia 60 tahun dan pembantunnya seorang perempuan berusia 40 tahun.

Wednesday, 23 October 2013

Susulan Kejadian Pekerja Bank USJ Mati Ditembak


SUBANG JAYA - Kejam! Hanya itu yang dapat digambarkan apabila seorang pengawal keselamatan tergamak menembak mati pekerja wanita sebuah bank di USJ Sentral 2 sebelum melarikan sejumlah wang dari peti besi bank berkenaan, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, mangsa bersama tiga pekerja bank wanita diiringi pengawal keselamatan terbabit untuk mengeluarkan wang daripada bilik kebal.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, suspek berusia 37 tahun itu melepaskan tembakan ketika dua pekerja wanita sedang membuka pintu peti besi berkenaan.