Social Icons

..

Monday, 4 November 2013

Gambar Farid & Diana Sambut Ulangtahun Perkahwinan


Sekitar tengah hari semalam, Farid Kamil telah menulis sesuatu di laman Twitter miliknya yang mana aktor itu mengucapkan rasa syukur selepas selamat diijabkabulkan. Kemaskini tersebut menimbulkan persoalan nakal yang mendakwa pelakon drama Jodoh Itu Milik Kita itu sudah bernikah lain.



Perkara itu dikuatkan lagi dengan sekeping gambar yang menunjukkan Farid segak mengenakan persalinan raja sehari berwarna kuning.

Namun sebenarnya perkongsian yang dilakukan oleh Farid di Twitter dan Instagram adalah kerana menghargai tarikh pernikahan dia dan isterinya, Diana Danielle yang jatuh pada 3 November.

Malah beberapa jam selepas itu, Farid turut berkongsi sebuah lagi gambar yang menunjukkan dia dan Diana sedang menikmati makan malam bertemankan cahaya lilin di tepi pantai.


Nampaknya pasangan ini mempunyai cara yang tersendiri untuk menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama. Untuk pengetahuan anda, Farid dan Diana telah selamat menjadi suami isteri pada 3 November 2012 di Hotel Flamingo, Ampang.

Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang dipanggil Muhamad. Bayi itu telah dilahirkan pada 2 Julai 2013 di Australia.




2 comments: