Social Icons

..

Sunday 26 January 2014

Penyamun Tersilap, Kena Langgar Dengan Trak

Sejahat-jahat perompak pasti ada yang lebih jahat dari mereka, seganas-ganas penyamun pasti ada yang lebih ganas dari mereka. Tidak mustahil ada ketikanya penyamun tersilap memilih mangsa.
Di laman Facebook Wikipedia Rakyat, dikongsikan sebuah rakaman video dari kamera litar tertutup dipercayai terjadi di luar negara tentang dua orang penyamun yang menerima nasib malang kerana tersilap.
Pada awalnya, kelihatan sebuah trak yang berhenti di sebuah jalan raya sebelum ia didatangi sebuah motosikal dinaiki dua orang penyamun.
Pembonceng motosikal itu kemudian cuba untuk menyerang pemandu trak berkenaan sebelum pemandu bertindak memandu kenderaan itu tidak menghiraukan mereka.
Pemandu trak itu kemudian mengundurkan traknya dengan laju sehingga penyamun terbabit terlepas pegangannya dan cuba melarikan diri, mendapatkan rakannya yang menunggu dengan motosikal.
Mangsa kemudian dengan menngunakan traknya melanggar motosikal penyampun berkenaan menyebabkan kedua-duanya tercampak.
P/s : DUA penyamun ini bertemu lawan sebenar. Bajet nak buat ala-ala ganas, rupa-rupanya orang yang hendak disamun jauh lebih ganas.
Lihat video di sini : https://www.facebook.com/photo.php?v=626806047355368

SUMBER

No comments:

Post a Comment