Social Icons

..

Monday, 27 January 2014

Mizz Nina Hanya Akan Menyanyi Depan Wanita Sahaja


Satu demi satu perubahan dilakukan oleh Mizz Nina. Pasti Noh Salleh bangga dengan apa yang diusahakan oleh isterinya ini. Selepas berhijab baru-baru ini, Mizz Nina kini mengambil keputusan untuk hanya menyanyi di hadapan wanita sahaja. Keputusan ini diambil atas kesedarannya sendiri dan bukan atas paksaan orang lain.
Berkata kepada Berita Harian, Mizz Nina menegaskan yang dia tidak menyesali keputusan ini. Kata Mizz Nina:-
Saya akan menyanyi di hadapan penonton wanita saja. Keputusan itu saya buat selepas berhijrah. Suami menyokong keputusan saya. Saya tidak menyesal meninggalkan bidang muzik kerana sudah puas mengecapinya. Kini, saya ingin memberikan perhatian kepada butik dan juga syarikat produksi yang ditubuhkan sejak setahun lalu

Sejujurnya, perubahan pada Mizz Nina ini merupakan suatu yang menakjubkan. Semoga ia lebih membawa keberkatan dan ketenagan dalam hidup Mizz Nina. Salah satu "Role Model" terbaik untuk peminatnya.

No comments:

Post a Comment