Social Icons

..

Wednesday, 22 January 2014

Imej Yuna Berpakaian Ketat Dikecam Lagi


KL, 20 JAN 2014: Bukan sekali dua imej penyanyi, Yunalis Zarai atau Yuna dipertikaikan, malah Murai Batu rasa sejak awal kemunculannya lagi rata-rata peminat tidak gemar dengan pakaiannya yang dikatakan agak ketat dan tidak sesuai sebagai seorang wanita muslim yang bertudung.

Selain isu turban yang menutup kepalanya yang dianggap tidak sempurna sebagai seorang muslim, baru-baru ini Murai Batu lihat dia masih lagi dikecam dengan cara pemakaiannya lagi.

Murai Batu memang mengikuti perkembangan penyanyi yang kini mengembangkan bakatnya diAmerika Syarikat di Facebook.Murai Batu lihat baru sahaja dia memuat naik fotonya sudah ramai yang memberikan komen yang berbaur negatif.

Menurusi foto yang dimuat naik, Yuna telah memakai baju lengan panjang baldu separa yang melekap di badan dan telah menggayakannya dengan tiub hitam didalam dan berseluar panjang serta berturban.

Peminat dan pengikutnya di laman Facebook Page miliknya itu rata-rata tidak gemar dengan pakaian Yuna yang dianggap terlalu ketat sebagai seorang wanita yang bertudung. Selain itu, timbul juga hukum hakam dalam Islam oleh peminat yang memberikan komen.

Macam-macam lagi lah yang diperkatakan peminatnya mengenai pakaian Yuna. Murai Batu pun tak tahu nak ulas bagaimana tetapi bagi Murai Batu yang lebih layak menilainya adalah Yang Maha Esa, kita ni hanya hambaNya sahaja.

Apa-apa pun, Murai Batu doakan agar kerjaya Yuna di sana berkembang dengan baik dan dapat membanggakan semua rakyat Malaysia. 

 Lihat apa kata peminat :



No comments:

Post a Comment