Social Icons

..

Thursday 19 December 2013

Sharifah Sakinah Sengaja Tayang Badan?


Sebelum ini, nama Sharifah Sakinah sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi, sama ada dari cara pemakaian, video berunsur sindiran mahupun hubungan peribadinya.

Walaupun sering dikecam oleh orang ramai, namun Sakinah langsung tidak mempedulikan cemuhan yang dilemparkan, malah dia lebih selesa menjadi dirinya sendiri.

Kontroversi pelakon ini berterusan apabila baru-baru ini menerusi laman sosialnya, Sakinah telah memuatnaik sekeping foto yang mendedahkan sebahagian dadanya.


Menerusi foto yang dipaparkan, Sakinah dilihat seolah-olah menggayakan persalinan bikini berwarna hitam yang kami kira, biasa saja kalau dilihat.

Dan seperti biasa, foto yang dirakam ini telah menimbulkan pelbagai respon nakal dikalangan peminatnya. Tidak kurang juga, ada yang memuji kecantikan dan mengkritik tindakan pelakon tersebut.

Bagaimanapun, kebanyakan pengikut Sakinah di laman Instagram mempersoalkan motifnya memuatnaik semula foto tersebut selepas dipadam beberapa kali.

Mungkin Sakinah tidak mahu dianggap hipokrit, kan? Apapun, mari saksikan foto-foto hot Sakinah selepas ini.

SUMBER

No comments:

Post a Comment