Social Icons

..

Monday, 2 December 2013

Lana Nordin Bukan Punca Mak Saya Bersedih - Johan As'ari


Minggu ini nampaknya kisah cinta ‘kilat’ di antara aktor Johan As’ari dan Lana Nodin masih menjadi perhatian dan perbualan semua pihak.

Sejak pendedahan kisah cinta mereka, minggu lalu, bermacam spekulasi yang timbul berhubung perkara tersebut.

Sebelum ini kalau anda perasan, ibu Johan, Datin Firdaus Datuk Abdul Kader, ada memuat naik sekeping gambar di Instagramnya yang kedengaran seperti dirnya sedang bersedih di kala itu.

Lantas, peminat di luar sana mengandaikan ibu Johan bersedih di atas pilihan hati anaknya itu.

Mengulas mengenai perkara itu, pelakon berusia 27 tahun itu menjelaskan Lana bukanlah punca ibunya bersedih. Sebaliknya, kesedihan emaknya itu adalah disebabkan kematian emak saudaranya, baru-baru ini.

“Sebenarnya, foto tersebut tidak ada kena-mengena dalam hal kami berdua. Ibu bukan bersedih pasal Lana. Ibu saya bersedih selepas mak saudara saya meninggal dunia di Melaka,” katanya memetik laporan portal Ohbulan.

Selain itu, Johan juga menyatakan bahawa ahli keluarganya tidak pernah sama sekali mengeluarkan kenyataan untuk tidak menerima kekasih hatinya itu.

Sebaliknya, keluarganya memberikan ruang kepada dirinya untuk lebih mengenali hati budi Lana. Johan sebelum ini dilaporkan melamar Lana menjadi isterinya selepas tiga kali berturut-turut keluar dating pada bulan lalu.

Perkenalan kedua-duanya dikatakan bermula pada satu majlis anugerah hiburan yang diadakan pada 18 Oktober lalu.

No comments:

Post a Comment