Social Icons

..

Wednesday, 25 December 2013

Isteri Aaron Aziz Kini Bertudung


Kisah hari kiamat telah membuka hati isteri kepada pelakon popular, Aaron Aziz, Diyana Halik untuk mengenakan hijab. Keputusan ini dibuat selepas pulang daripada bercuti di Hong Kong, Ahad lalu.
 
"Tidak dinafikan, sebelum ini niat untuk berubah memang ada, cuma hati yang belum betul-betul bersedia. Namun, sejak kebelakangan ini, Aaron banyak menghantar video dan bercerita tentang hari kiamat. Akhirnya perkara ini berjaya membuka hati saya untuk bertudung," ujar Diyana. 
 
Dalam pada itu, Aaron turut melahirkan rasa bersyukur dengan jalan yang dipilih isterinya dan menjelaskan segala keputusan yang dibuat adalah ikhlas dan bukan atas desakan sesiapa. 
 
"Tidak dinafikan, selepas pulang menunaikan umrah dua tahun lalu saya ada memintanya berhijab namun tidak pula saya terlalu memaksa. Biarlah dia melakukannya dengan kerelaan hati," ujar Aaron ketika ditemui di  sidang media Oh My English-Hello America, di Hotel Hilton, semalam.

SUMBER

No comments:

Post a Comment