Social Icons

..

Sunday, 29 December 2013

Akhirnya Neelofa Komen Kes Kena Tangkap Khalwat


Akhirnya Neelofa membuka mulut tentang kes beliau dikatakan ditangkap khalwat pada Khamis yang lalu. Melalui laman sosial, Neelofa melahirkan rasa kesal terhadap segelintir wartawan yang membuat spekulasi tanpa sebarang bukti yang kukuh.

Neelofa berkata beliau difitnah dan menyuruh pihak yang menyebarkan berita itu memberi bukti yang menyabitkannya dengan dakwaan itu.

Neelofa yang kini berada di luar negara, menambah bahawa perkara ini sememangnya tidak masuk akal, dan jika beliau ditangkap, sudah pasti beliau masih berada di Malaysia untuk menyelesaikan masalah itu.

 Neelofa juga berkata perkara ini telah menjatuhkan dan mencalar maruahnya sebagai seorang selebriti dan wanita.



No comments:

Post a Comment