Social Icons

..

Monday 18 November 2013

Petua Hilangkan Demam Dalam Sehari Sahaja


Tips Hilangkan Demam Dengan Pantas:

1. Balut atau bungkus badan anda semasa nak tidur malam. Pakailah selimut ke, jaket ke atau apa sahaja yang agak tebal. Kenapa? Ia kerana untuk mengeluarkan peluh dari badan anda. Banyak orang yang mengamalkan petua ni untuk cepat pulih dari demam dalam masa sehari sahaja.
2. Minum air dengan banyak. Kalau boleh jangan minum air yang bergula sebab nanti mendatangkan kesan lain pula. Sebolehnya minum air suam ataupun air sejuk dengan banyak. Ia bagi membantu anda membuang sisa toksik dalam badan anda dengan kekerapan membuang air kecil.

Ini adalah kaedah yang jarang digunakan kerana rata-rata rakyat Malaysia terlalu berharap kepada ubat untuk pulih daripada demam. Diingatkan, ubat memang boleh menyembuhkan tetapi jangan sampai tersalah pilih ubat kerana kesannya sangat merbahaya.

No comments:

Post a Comment