Tahniah buat Azhael AF 2013 kerana berjaya mendapat undian tertinggi bagi AF MASUK. Undian yang bermula jam 9.30 malam (11 Nov 2013) dan tamat pada jam 9.30 malam (12 Nov 2013).
1. azhaelaf2013 : 91%
2. nonaaf2013 : 6%
3. suhadaaf2013 : 2%
4. irmisaaf2013 : 1%
5. imanaf2013 : 1%
6. saniaf2013 : 0.5%
7. darrenaf2013 : 0.1%
Akademi Fantasia 2013 (AF2013) ni macam konsert yang lepas jugak la. Walaupun ADMIN kurang tengok AF2013 ni tapi realitinya ia tetap sama macam AF yang lepas. Di manakah ura-ura bahawa AF2013 ini akan banyak kejutan dan lebih baru daripada AF sebelum ini ??
Berbalik kepada Azhael tersingkir sebelum dimasukkan semula melalui AFMASUK, ramai yang mempertikaikan kenapa dia harus tersingkir kerana dia mempunyai potensi untuk menjadi penyanyi. Ramai yang mempertikaikan Nabila yang tidak kualiti boleh mara ke FINAL tanpa ada sebarang maalah.
Lihat sahaja kata-kata Datuk Siti Nurhaliza semasa penyingkiran Azhael :
"Kita terpaksa akur yang ini adalah program realiti. Semua keputusan ditentukan oleh undian. Saya akui ada antara mereka yang masih lemah dari segi teknikal. Tapi, ada juga yang harus dipuji apabila menunjukkan kemahuan dan keinginan untuk belajar."
Ramai jugak yang sayang dan suka Azhael berada di konsert akhir ni rupanya termasuklah para juri. Apa pun jom tengok senarai pserta yang akan bertanding di konsert akhir AF 2013 malam ahad ni :
Faizul AF 2013
Nama penuh: Mohd Faizul Sani
Umur: 28 tahun
Asal: Sabah
Aisyah AF 2013
Nama penuh: Nur Aisyah Aziz
Umur: 19 tahun
Asal: Singapura
Nabila AF 2013
Nama penuh: Nur Nabila Razali
Umur: 21 tahun
Asal: Kuala Lumpur
Amira AF 2013
Nama penuh: Nadia Amira Othman
Umur: 20 tahun Asal:
Johor
Indah AF 2013
Nama penuh: Siti Ruhailah Hussein
Umur: 23 tahun
Asal: Johor
Azhael AF 2013
Nama penuh: Mohd Azhar Osman & Hal Husaini Razmi
Umur: 25 tahun & 25 tahun
Asal: Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment