Social Icons

..

Tuesday 19 November 2013

“InsyaAllah Saya Akan Bertudung Bila Sampai Seru” – Zara Zya


Nama pelakon Zara Zya tiba-tibe menjadi sebutan kerana lakonan yang sangat berkesan dalam drama bersiri Love You Mr Arrogant walaupun sudah hampir 10 tahun menceburi industri hiburan tanahair.
Pelakon kecil molek ini yang telah membintangi beberapa buah drama antaranya Tanah Merah, Puisi Cinta Rubiah, Supermak, Tiga budak Botak, Selipar Jepun Suria dan 3 Janji pernah mengambil keputusan untuk bersara seketika dari bidang lakonan tidak lama dulu kerana kecewa pada diri sendiri.

Namun Zara bersyukur kerana telah ditawarkan peluang untuk memegang watak utama dalam drama bersiri kesukaan ramai itu sehingga melonjakkan namanya seperti hari ini. Bercakap mengenai watak Zaara didalam drama tersebut adalah seorang gadis bertudung, Zara mengakui ramai peminatnya suka dia berpenampilan seperti itu.
“Saya harap peminat faham, saya bertudung hanya untuk menjayakan watak tersebut sahaja — Insya-Allah sekiranya sudah sampai seru, saya pasti akan bertudung,” jelas Zara Zya yang akan menjalani penggambaran drama terbaharu, Tiga Hati Ibu tidak lama lagi.
CREDIT TO - OhArtis.com

No comments:

Post a Comment