Social Icons

..

Saturday 9 November 2013

Fizo Omar Dan Mawar Fareeda Sah Bergelar Suami Isteri


Tahniah kepada Fizo Omar dan juga pasangannya iaitu Mawar Abdul Karim yang kini telah sah bergelar isteri. Dengan sekali lafaz sahaja kira-kira jam 9.32 pagi tadi, kini Mawar yang juga dikenali sebagai Mawar Fareeda telah menjadi isteri kepada Fizo Omar.

Pasangan ini dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat, Ustaz Mohd Arif Abdul Samat dengan mas kahwin bernilai RM506. Pihak lelaki memberi 7 dulang hantaran dan menariknya dulang-dulang berkenaan dibawa oleh 7 orang selebriti yang dibarisi oleh Datuk Rosyam Nor, Shaheizy Sam, Johan Asha'ri, Karl Shafik, Nazim Othman, Kamal Adli dan Fahrin Ahmad.

Pengantin perempuan juga membalas dengan beberapa dulang hantaran iaitu tas tangan lelaki, jam tangan, kaca mata hitam, kasut, 2 naskah Al-Quran, komputer riba, cincin, Plate Motosikal MF120, topi keledar dan motorsikal berkuasa tinggi.

Majlis ini berlangsung di kediaman Mawar iaitu di Country Height, Kajang yang dihadiri oleh kenalan terdekat dan kaum keluarga.







CREDIT : OhBulan

No comments:

Post a Comment