Pada 7 November lalu, telah berakhirnya sebuah drama popular Love You Mr. Arrogant yang bersiaran menerusi slot Akasia TV3. Untuk pengetahuan anda, drama ini mula ditayangkan pada 25 September setiap hari Isnin hingga Khamis.
Terdahulu, drama Nora Elena, Tentang Dhia, Setia Hujung Nyawa, Teduhan Kasih, dan Cinta Jannah telah menyerikan kaca televisyen anda. Namun selepas drama Love You Mr Arrogant melabuhkan tirai, slot akasia bakal diserikan dengan drama terbaru, Playboy Itu Suami Aku.
Hasil lakonan Azlee Khairi dan Zara Zya, drama tersebut telah menjadi trending nombor satu dikalangan pengguna Twitter. Umumnya, setiap minggu drama tersebut pasti menjadi buah mulut penonton sehinggakan ada yang membuat spekulasi sendiri terhadap jalan cerita tersebut.
Umumnya, barisan artis yang menjayakan lakonan ini terdiri daripada Hanez Suraya, Keith Foo, Anzalna Nasir, Norish Karman, Mustapha Kamal, Fadilah Mansor, Alex Yanz, Aishah Illias dan ramai lagi. Bagi anda yang mempunyai sebarang perbualan atau komen, letakkan hashtag #LYMA dilaman Twitter sekarang!
SUMBER


No comments:
Post a Comment