Penyanyi Rocak terkenal akhirnya bercakap mengenai isu kononnya dia telah jatuh muflis dan berdiam diri atas masalah itu. Dia mengakui, kejadian tersebut terjadi kerana telah dianiaya oleh kawannya sendiri :
"“Apa yang boleh saya katakan, saya sebenarnya dianiaya oleh sahabat baik sendiri sehingga menyebabkan saya muflis. Itulah akibat terlalu percayakan kawan.
“Namun buat masa ini saya tidak mahu mengulas lanjut kerana akan membawa kes ini ke mahkamah untuk tindakan seterusnya,” jelas Amy."
Terdahulu, Amy didakwa telah muflis kerana gagal menjelaskan sejumlah hutang yang dipinjamnya bagi menjayakan konsert jelajah di Awan Biru sekitar tahun 2009 yang lalu sehingga mahkamah mengeluarkan keputusan Amy Search diisytiharkan sebagai muflis (bangkrap).
Ternyata, Amy telah lama memendam parasaan itu dan meluahkan parasaanya itu di facebook. Dia tetap bersabar dan berharap akan ada hikmah di sebalik semua ini.
"“Apa yang saya kongsi di laman Facebook adalah luahan rasa hati yang saya pendamkan selama beberapa tahun ini. Luahan saya itu hanya sedikit dan masih banyak perkara lain belum saya luahkan.
“Apa lagi yang boleh saya buat selain bersabar dengan dugaan yang menimpa kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya. Saya masih bersyukur kerana mempunyai kudrat untuk terus bekerja dan menampung keluarga,” katanya."CREDIT TO : OhArtis
No comments:
Post a Comment