Social Icons

..

Thursday, 24 October 2013

Neelofa Nak Tinggalkan Dunia Seni


Neelofa Nak Tinggalkan Dunia Seni

Merasakan bahawa pada usia 30 tahun sudah ramai bakat baru akan muncul, Neelofa merupakan seorang selebriti yang berfikiran jauh ke hadapan. Dia kini sibuk dengan produk kecantikan miliknya sendiri iaitu Beelavita di samping sibuk di set pengambaran.

Satu persiapan yang menarik dengan mempunyai perniagaan sendiri dan walaupun masih muda, dia mampu menggalas tugas sebagai pelakon dan juga seorang ahli perniagaan.
"Terus-terang saya katakan, saya tidak pernah berhasrat untuk berlakon sampai bila-bila. Insya-Allah, dalam masa lima tahun ini saya akan kurangkan aktiviti seni dan seterusnya meninggalkan dunia glamor ini untuk beralih kepada bidang lain apabila usia saya 30 tahun." 
"Saya merancang selewat-lewatnya pada usia 29 tahun saya akan berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Pada waktu itu tumpuan saya adalah dalam perniagaan dan bukan lagi lakonan."
Bagus juga kan pemikiran Neelofa. Masa muda ni la dia perlu berusaha gigih mencari modal dan merancang apa perlu buat di masa hadapan. Semoga perancangan Neelofa ini menjadi kenyataan.

No comments:

Post a Comment