Social Icons

..

Saturday 26 October 2013

5 Cara Memujuk Isteri Paling Berkesan


5 Cara Memujuk Isteri Paling Berkesan

Isteri kadang-kadang sukar dipujuk. Sifat mudah merajuk yang ada dalam diri mereka menunjukkan ada masalah yang tidak dirungkaikan. Sebenarnya masalah inilah yang boleh meretakkan rumah tangga yang baru dibina.

Bagi si suami, jika anda sayangkan rumah tangga anda, pasti anda akan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut dan biarkan isteri anda dalam keadaan bahian dan sentiasa tersenyum. Mari kita berkongsi 5 cara terbaik untuk memujuk isteri :

1. Cara untuk memujuk isteri yang pertama adalah. Beri isteri ruang untuk meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap anda. Beri dia ruang untuk bercakap, marah atau apa-apa perbuatan yang menunjukkan dia sedang merajuk dengan anda.

2. Cara untuk memujuk isteri yang kedua ialah, apabila dia sudah tenang, katakan pada dia yang anda setuju dengan apa yang dia katakan. Berikan penjelasan pada isteri anda yang anda akan berubah mengikut apa yang isteri anda mahu. Tunjukkan yang anda memang serius untuk ikut apa yang isteri anda suruh.

3. Cara untuk memujuk isteri yang ketiga ialah. Apabila isteri anda mula tersenyum ketika melihat anda, itu maknanya isteri anda sudah mula melupakan kesalahan anda yang lalu. TAHNIAH !!.. Anda ambil peluang ini untuk memperbaiki hubungan anda dengan isteri anda.

4. Cara untuk memujuk isteri yang keempat ialah. Anda dengar luahan isi hatinya dan dalam masa yang sama anda luahkan pada isteri mengenai pendapat anda. Pujuk isteri anda untuk sentiasa bekerjasama dengan anda. Libatkan isteri anda dalam hidup anda secara keseluruhannya. Jangan sesekali menipu isteri anda. Sentiasa bersikap jujur dengan pasangan anda.

5. Cara untuk memujuk isteri yang kelima ialah. Ajak isteri anda untuk mula kembali bercinta dan jalani hidup seperti biasa.. Berjanjilah dengan isteri anda untuk tidak lagi mengulangai kesalahan yang sama di masa hadapan.

No comments:

Post a Comment