Mesti ramai yang kenal dengan Lana Nordin bukan ? Selebriti ini memang terkenal dengan sikapnya yang sangat lantang bersuara jika dikritik oleh peminatnya di laman sosial. Dia juga mengakui dirinya seorang yang laser dan tidak gemar membaca komen-komen peminat yang mengkritik dirinya dengan kata-kata negatif.
Sebenarnya saya tak kisah kalau orang nak komen dalam akaun instagram, cuma saya tak boleh terima kalau orang itu kurang ajar. Instagram memang laman sosial, tapi kalau tak tahu macam mana nak bersosial dan nak menggunakan laman tersebut, baik tak payah guna.
Senang je, kalau rasa berdosa tengok instagram saya, tak payah tengok. Tutup mata. Tapi bila dah tengok, diam. Tak payah nak komen yang pelik-pelik.
Mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut, Lana menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menganggap dirinya adalah seorang artis yang kuat melenting dan dikatakan tidak dapat menerima teguran daripada peminat.
Nak tegur boleh, tapi bukanlah sampai mengaibkan. Sedangkan ibu bapa saya kalau nak tegur pun, mereka tak akan tegur saya depan adik beradik yang lain. Mereka akan panggil saya senyap-senyap dan bercakap secara personally.
Kalau tengok dalam instagram saya ramai yang komen dan cakap perkara-perkara lucah. Saya tahu, perkara macam itu datang dari budak-budak, tapi kalau saya diamkan, perkara ini akan jadi berlarutan. Kalau boleh, saya tak nak orang datang dekat instagram saya semata-mata untuk bercakap benda lucah.
Beralih kepada perkembangan kerjaya, Lana baru sahaja selesai menjalani penggambaran telemovie berjudul Lara Cinta Kasih yang bakal digandingkan dengan aktor terkenal, Hairul Azreen. - OhBulan.com
No comments:
Post a Comment