Social Icons

..

Tuesday, 12 November 2013

Isu Khalwat : Shahrizal Jaszle Mengaku Tak Bersalah


PETALING JAYA: Pelakon kontroversi, Shahz Jaszle mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, di sini, atas tuduhan berkhalwat dengan seorang wanita, Mei lalu.

Dia yang diwakili peguam syarie, Asyraf Ranee dibebaskan dengan diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin. Dia membayar denda itu.

Hakim syarie, Abdul Halim Abu Samah kemudian menetapkan 21 Januari tauun depan untuk sebutan semula kes.
Bagaimanapun, wanita yang berkhalwat dengannya, Farah Nurizzati Salleh,21, mengaku bersalah di atas pertuduhan sama dan didenda RM3,000.

Bekas pegawai bank yang hadir bersama bapanya itu membayar denda terbabit.

Pada 16 Mei lalu, Shah Jazsle atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmi,25, dan Farah, 21, ditangkap kerana disyaki berkhalwat oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang, di sini, kira-kira jam 3.50 pagi.

Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dipenjarakan maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

SUMBER

No comments:

Post a Comment