Social Icons

..

Wednesday, 30 October 2013

Saya Terima Dengan Hati Terbuka Jika Johan As’ari Jodoh Saya - Shila Amzah


Alhamdulillah, selepas ramai peminat bermian teka-teka mengenai hubungan mereka ini akhirnya Shila Amzah membuat pengakuan dia menerima Johan As'ari dengan terbuka dia itu adalah jodohnya. Tentunya ramai peminat mereka berdua gembira mendengar perkhabaran ini. Alhamdulillah semoga semuanya berjalan lancar.
Kami lebih selesa akrab tanpa perlu meletakkan ia sebagai satu hubungan pasangan bercinta. Johan juga antara sahabat saya yang paling rapat dan saya terima dia dengan hati terbuka sekiranya dia merupakan jodoh saya satu hari nanti,

Kehadiran Johan dalam hidup Shila Amzah memberikan kesan positif kepadanya dalam meneruskan kerjaya sebagai anak seni. Ibu bapa mereka pun saling mengenali antara satu sama lain. Okey la tu, sekurangnya kedua ibu bapa merestui hubungan anak mereka.
Saya percaya ibu dan ayah mempunyai perasaan yang kuat terhadap kawan-kawan anak mereka di mana mereka boleh mengagak baik buruknya perangai seseorang itu. Alhamdulillah dia (Johan) hadir dalam hidup kami membawakan aura positif dan kalau nak tahu mak saya dan mak dia sudah lama berkenalan rupa-rupanya. Ini membuatkan jalinan antara keluarga kami juga semakin kuat. Dan pada masa sama saya dan Johan saling memberi semangat dalam kerjaya masing-masing

No comments:

Post a Comment