Social Icons

..

Friday, 25 October 2013

Sampai Hati Pekin Tuduh Saya Curang - Uqasha Senrose


Kasihan juga tengok nasib Uqasha Senrose, ramai yang menganggapnya macam-macam selepas isu dia rapat dengan Sharnaaz bagi tujuan membuat kejutan untuk Pekin. Hati wanita mana yang tidak sedih bila kekasih hati menuduh dirinya curang. Sabar je la Uqasha Senrose oi, lama-lama hilang la mulut orang nak bercakap pasal ni.
Sampai hati dia menuduh saya sebegitu rupa (curang dengan Sharnaaz). Tidakkah dia terfikir wanita yang dituduh bukan-bukan itu ialah orang sama yang pernah disanjung suatu ketika dahulu? 
Tapi, saya takkan balas perbuatannya. Biarlah orang nak kata apa pun, saya tidak akan sesekali mendedahkan perkara yang berlaku antara kami. Biarlah saya pendam segala-galanya. 
Saya tidak faham mengapa dia begitu sewenang-wenanganya menuduh saya berlaku curang? Bukan dengan Sharnaaz saja, malah dia juga mendakwa saya ada hubungan dengan beberapa lelaki lain. 
Saya sanggup bersemuka dengannya dan Sharnaaz…. andai ia boleh membuatkan dirinya (Pekin) percaya antara saya dan pelakon itu tiada ikatan cinta.


Terbaru, kisah mereka bertiga ni dah diselesaikan apabila ia cuma salah sangka sahaja. Tak boleh nak salahkan mana-mana pihak sebab yang semua mangsa keadaan. Apapun semoga hubungan Pekin dan Uqasha Senrose lepas ni berpanjangan.

1 comment:

  1. Yg penting dowg masih bahagia..sy doakan semoga cepat naik pelamin bg elak timbul fitnah..

    ReplyDelete