Sejak berada di Eropah beberapa hari lalu, Nora Danish dilihat semakin aktif berkongsi foto-foto mesranya bersama Nadeem dan lebih menarik lagi apabila jejaka tersebut mula memanggilnya dengan gelaran My Love.
Melihat sahaja kemesraan mereka berdua, pastinya ramai peminat melahirkan rasa gembira dan tidak kurang juga ada antara mereka menunjukkan rasa kurang senang, sehingga melemparkan kata-kata negatif kepada pasangan tersebut.
Oleh kerana terlalu banyak respon kurang enak, pelakon filem Bencinta itu mula mempertahankan Nadeem dengan mempersoalkan, kenapa para pengikutnya perlu ambil kesah terhadap hubungan rapat mereka, sedangkan mereka juga manusia biasa.
Dalam pada itu, Nora turut menegaskan bahawa, Nadeem hanyalah sekadar anak kepada individu yang berpengaruh dan bukannya orang penting dalam negara seperti bapanya.
SUMBER - OhBulan
Alhamdulillah... semoga cepat2 naik pelamin ;)
ReplyDeleteMereka berhak menikmati kehidupan mereka sendiri dan pastinya tidak ada sesiapa pun yang boleh menganggu kehidupan peribadi orang lain selagi tidak melibatkan atau menyebabkan kemudaratan kepada orang lain. Semoga mereka mendapat hidayah dan keberkatan dalam menjalani kehidupan seharian.
ReplyDelete