Social Icons

..

Sunday, 27 October 2013

7 Rahsia Untuk Jadi Lelaki Kegilaan Wanita Didedahkan


Setiap lelaki pasti mahu menjadi kegilaan wanita. Mungkin ada yang tidak mempunyai paras rupa yang handsome,menawan dan menarik. Tetapi jangan fikir hanya berbekalkan paras rupa sahaja anda boleh menjadi kegilaan wanita. TIDAK sama sekali !!

Kini rahsia untuk menjadi lelaki kegilaan wanita kini didedahkan. Apakah rahsia tersebut ?? Jom kita baca dan hayati betul-betul :

1) BUDI BAHASA AMALAN KITA
Jika anda tidak sukakan seseorang,tidak perlu menunjukkan perasaan itu.Sentiasalah bersikap rasional dan belajar untuk menjadi lebih baik daripada orang yang tidak anda gemari itu.

2) SUMPAHAN YANG MENYAKITKAN
Menyumpah adalah sesuatu yang negetif, anda perlu berhati-hati mengeluarkan kata-kata,lebih-lebih lagi yang boleh menyakitkan hati orang lain.

3) MENGHORMATI ORANG LAIN
Jika anda ingin dihormati oleh orang lain, anda juga mesti menghormati orang lain.

4) KAWAL NADA SUARA
Ada diantara lelaki suka mengeluarkan suara yang keras dan kasar. Suara yang tinggi seperti menengking akan menggangu dan memberi kesan kepada orang di persekitaran. Orang yang ditengking pasti terganggu dan tidak selesa berbicara dengan anda.

5) KAWAL PERASAAN MARAH
Selalunya orang yang menunjukkan sifat marah bukannya orang yang dipandang hebat dan berani,tetapi lebih menonjolkan sifat kurang bijak pada diri mereka sendiri

6) JANGAN MENYAMPUK
Biarkan teman anda berbicara sehingga habis sebelum anda meluahkan isi hati yang terbuku. Menyampuk menandakan anda orang yang tidak beretika dan tidak bijak.

7) JANGAN MEMANDANG RENDAH
Kesalahan orang lain adalah pengajaran kepada diri sendiri, jadi jangan mentertawakan mereka. Jangan sesekali memandang rendah kepada mereka. Cuba Amalkan 7 Cara untuk Jadi Lelaki Kegilaan Wanita yang boleh mengubah pandangan diri orang lain kepada anda. Jika anda Kacak dan Hensem sekali pun, jika 7 perkara ini anda tidak boleh kawal. Pasti mereka yang mengenali anda akan berpikir berkali untuk menyukai anda.

No comments:

Post a Comment