Social Icons

..

Wednesday, 18 December 2013

Puting Beliung Melanda Johor Bahru 18 Disember 2013


Fenomena Puting Beliung baru sahaja berlaku petang tadi di Johor Bahru. Ramai yang berjaya merakam gambar puting beliung tersebut di sekitar JB dan Singapura.

Namun pembentukan puting beliung tersebut tidak lengkap kerana tidak mencecah sehingga ke daratan. Alhamdulillah, sekiranya berterusan pasti merosakkan harta benda yang berada di sepanjang laluan puting beliung tersebut.

Untuk rekod, Malaysia pernah mengalami puting beliung di beberapa tempat seperti yang berlaku di Kota Damansara pada tahun 2010. Kajadian berlaku di PPR Seksyen 8 dimana puting beliung itu telah merosakkan kesemua konopi 30 gerai penjaja disitu (Wiki).

Satu fenomena alam iaitu pusaran angin yang terbentuk di permukaan air dan dilihat seolah-olah seperti puting beliung yang melanda luar negara itu, kelihatan di ruang udara bandaraya Johor Bahru sekitar petang Rabu.

Sumber memaklumkan, fenomena itu bukan puting beliung, sebaliknya ia adalah belalai air yang berlaku ketika ribut petir dan belalai air ialah pusaran angin yang terbentuk di permukaan air dan kerap berlaku di iklim tropika.

Tonton Video Kejadian :
(untuk paparan lebih besar sila klik tajuk video di bawah)


Lihat gambar di bawah :











SUMBER 1
SUMBER 2

No comments:

Post a Comment